+6016 - 357 2332

Badan Yang Sihat Membuatkan Kehidupan Kita Lebih Ceria

Menurut ramai pakar-pakar kesihatan dengan menjaga siatem pertahanan badan merupakan satu kewajipan bagi memastikan badan kekal sihat.

TRANSFER FACTOR dan Kanak-Kanak

Transfer Factor sangat membantu dalam menjaga serta membantu pembesaran kanak-kanak sejak lahir.

Doktor-Doktor Pakar dan Saintis Mengiktiraf TRANSFER FACTOR

TRANSFER FACTOR telah digunakan diseluruh hospital di Rusia sebagai langkah pencegahan sebelum ubat dan kini ramai doktor-doktor pakar mula memberikannya kepada para pesakit.

Kajian TRANSFER FACTOR Yang Berterusan

Di 4Life Research, para saintis kami yang berpengalaman luas sentiasa menjalankan kajian yang berterusan demi memastikan keberkesanan produk-produk terjamin dan berkualiti.

TRANSFER FACTOR Menyokong Stamina Para Atlet

TRANSFER FACTOR Tidak mengandungi dadah dan telah mendapat kelulusan Anti-Doping dari badan sukan antarabangsa.

Friday, June 29, 2012

Sistem Imun – Angkatan Tentera Tubuh


Mengikut Dr. George C Pack, MD, pakar kanser di Cornell Medical School, hampir setiap dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh kita pada setiap masa. Jika sistem imun kita berfungsi dengan baik, sel-sel ini dihapus atau dimakan oleh pertahanan badan kita sebelum ia dapat bercambah dan membahayakan kesihatan kita.
Satu-satunya pertahanan sebenar kita terhadap serangan kanser adalah sistem imun. Kita mendapat kanser setiap hari tetapi ia dihapuskan oleh sistem imun tanpa kita menyedarinya.
Mengekalkan sistem pertahanan imun yang kuat bukanlah tugas yang mudah dalam dunia moden ini. Pendedahan setiap hari kepada pencemaran alam, tekanan hidup seharian, makanan yang mengandungi bahan kimia, virus baru yang kebal boleh melemahkan sistem imun kita.
Yang mengejutkan, penyakit disebabkan sistem imun lemah sedang meningkat di seluruh dunia. Imuniti yang lemah merupakan faktor utama penyakit seperti candida albicans, chronic fatigue syndrome, lupus, HIV, hepatitis, mononucleosis, herpes II, kanser dan penyakit yang tersebar melalui seks.
Penyakit-penyakit ini merupakan wabak di zaman ini, dan kebanyakan dari kita tidak mempunyai apa-apa untuk melawannya. Antibiotik, antacids, imunisasi, dadah cortico-steroid yang berlebihan dan pencemaran alam sekitar akan menjejaskan imbangan sistem imune ke tahap di mana ia tidak lagi dapat membezakan di antara sel sihat dengan sel yang merbahaya.
Info lebih sihat ini hasil sumbangan dari laman sesawang http://ilmukesihatan.blogspot.com

Kajian Pengunaan TF Ke Atas 20 Orang Pesakit Barah


20 orang pesakit, 12 lelaki dan 8 perempuan dipilih untuk kajian “in vivo”. Purata umur mereka adalah 49.3 tahun. 20 individu berkenaan mengidap barah peringkat ketiga atau keempat. Setiap dari mereka telah dihantar pulang oleh doktor mereka untuk menunggu kematian. Purata tempoh hayat mereka yang diberikan oleh doktor adalah 3.7 bulan.
Keputusan diambil untuk memberi setiap dari mereka 9 kapsul Transfer Factor Plus sehari, mereka juga diberi makan nutrien-nutrien* yang lain. Selepas 8 bulan, 16 orang dari pesakit tersebut masih lagi hidup dan samada telah sembuh dari barah, bertambah baik ataupun telah stabil.

* Anti-oksidan, digestive enzymes, probiotics dan multi-vitamins.
Kajian dijalankan oleh: Darryl See, MD.Pengarah, Bioassay LaboratoryIntitute of Longevity Medicine, USA
Info lebih sihat ini hasil sumbangan dari laman sesawang http://ilmukesihatan.blogspot.com

Transfer Factor Sebagai Sokongan Kepada Kemoterapi


Dipetik dari American Cancer Society
Pesakit barah yang menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi, yang melemahkan sistem imiun dengan teruknya, akan mendapat faedah yang besar sekiranya mengambil Transfer Factor (TF). Permakanan tambahan TF akan membantu melindungi tubuh dari jangkitan “oportunis”, yang selalu berlaku ketika rawatan ini dijalankan.

Dr. Duane Townsend, bekas Pengarah Onkologi Gynikologikal, Hospital LDS, Salt Lake City, Amerika Syarikat, memberi TF kepada kesemua pesakit barahnya untuk memperkuatkan sistem imiun mereka bagi mempertingkatkan keupayaan mereka menghadapi sebarang cabaran kesihatan.

Kedua-dua kajian klinikal di Cina dan di Jepun mendapati bahawa pemusnahan sel normal (immunosuppression) yang disebabkan rawatan kemoterapi boleh dicegah dengan menggunakan TF. Perlu diingat bahawa pembuangan sel barah yang tenat atau telah mati dipantau oleh sistem imiun badan. Kajian yang dijalankan di Itali, Jepun dan Amerika memberitahu kita bahawa pengambilan TF selepas pembedahan ketumbuhan meningkatkan peluang kita untuk bebas dari barah di masa hadapan.
Sumber rujukan; buku “Transfer Factor – Nature’s State-of-the-Arts Immune Fortifiers by Rita Elkins M.H.”

APA ITU BARAH DAN CARA YANG SESUAI MERAWAT(INSYAALLAH)


Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan
Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.


Pertumbuhan sel yang normal

Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.
Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel barah

Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Jenis-jenis barah

Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:

· Karsinoma – dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.

· Sarkoma – dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.

· Lymphoma – dari kelenjar lymph.

· Leukemia – dari sel darah putih.

Ketumbuhan

Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang “benign”. Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan “benign” tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan “malignant” merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
Ketumbuhan “benign” kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan “benign” perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

Asal-usul barah

Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.
Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara barah membiak

Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa barah terjadi?

Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.

Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa boleh menghidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengesan barah

Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.

Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:

· Sinar X dan imbasan

· Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji

· Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal Rahim

· Pemeriksaan tubuh terutamanya kelenjar-kelenjar lymph

· Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang

· Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X

· Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal

Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.

Cara merawat atau mengubati barah

Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:

· Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti ‘colostomy’, iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang

· Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu.
Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.

· Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.

· Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.

Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.

Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara mengelak barah

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:

· Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus

· Elakkan menghisap rokok

· Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu

· Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi

· Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi

· Kurangkan makan bahan-bahan manis

· Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara

· Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah

Tujuh tanda-tanda barah

1. Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan

2. Kudis yang tidak boleh sembuh

3. Perdarahan atau lendir yang luar biasa

4. Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain

5. Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan

6. Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat

7. Batuk yang sentiasa ada atau serak suara

Info lebih sihat ini hasil sumbangan dari laman sesawang http://ilmukesihatan.blogspot.com

Tuesday, June 26, 2012

Elak Keracunan Ubat-ubatan


Gambar hiasan

Keracunan boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa. Kanak-kanak merupakan golongan yang sering terdedah kepada keracunan sama ada di rumah mahu pun di luar rumah.

Di Pusat Racun Negara, laporan menunjukkan lebih 26% daripada kes-kes keracunan yang dirujuk dari tahun 1995 sehingga Jun 2001 adalah melibatkan kanak-kanak. Kebanyakan daripada kes-kes tersebut juga didapati melibatkan golongan yang berusia antara 1 hingga 6 tahun. Golongan ini biasanya suka mencuba sesuatu yang baru dan menarik tanpa mengetahui bahayanya hal ini kepada mereka.

Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis. Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan. Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.

Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.

Apakah ubat-ubatan yang sering menyebabkan keracunan kepada kanak-kanak?
Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak untuk merawat pelbagai penyakit. Ubat-ubatan ini mungkin diperoleh melalui preskripsi doktor atau dibeli dari farmasi atau kedai-kedai lain. Antara ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak ialah ubat demam, ubat selesema dan batuk, zat besi dan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk kegunaan luar.

Terdapat juga ubat-ubatan untuk orang dewasa yang dimakan oleh kanak-kanak secara tidak sengaja kerana menyangka ubat tersebut adalah makanan kegemaran mereka seperti gula-gula atau coklat.

Antara contoh ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak dan biasanya terdapat di kebanyakan rumah ialah :


Ubat demam
Ubat demam adalah sinonim dengan parasetamol malah ia adalah ubat yang paling kerap digunakan untuk kanak-kanak. Selain demam, juga digunakan untuk meredakan atau menghilangkan kesakitan. Mudah dibeli di kedai-kedai tanpa memerlukan preskripsi doktor serta terdapat dalam pelbagai bentuk formulasi seperti ubat kunyah, cecair dan supositori.

Kebanyakan ibu bapa sering menganggap parasetamol adalah 'sangat selamat'. Tetapi kajian-kajian menunjukkan banyak kes keracunan berlaku kerana sebahagian ibu bapa atau penjaga memberikan dos-dos parasetamol yang tidak betul kepada kanak-kanak. Kesilapan yang paling ketara ialah memberi dos dewasa dalam bentuk ubat biji yang tidak sesuai untuk usia kanak-kanak tersebut. Dalam kes-kes lain pula, keracunan terjadi kerana kesilapan mengira dos yang betul serta kesalahan menyukat dos ubat cecair.

Paracetamol untuk kanak-kanak biasanya didapati dalam warna yang menarik serta mempunyai rasa yang enak. Oleh itu, kanak-kanak cenderung untuk memakannya sendiri sekiranya diletakkan di tempat yang mudah dijumpai oleh mereka. Lebihan dos parasetamol yang dimakan oleh kanak-kanak berkemungkinan menyebabkan kerosakan hati yang jika tidak menerima rawatan segara dan boleh membawa maut.


Ubat selesema dan ubat batuk
Ubat untuk rawatan selesema dan batuk biasanya mengandungi antihistamin di samping bahan-bahan lain. Contoh antihistamin konvensional adalah seperti klorfeniramin, prometazin, trimeprazin, defehidramin, triprolidin dan lain-lain lagi. Pada dos-dos yang selamat, antihistamin konvensional boleh menyebabkan rasa mengantuk akan tetapi jika dos berlebihan kanak-kanak akan mengalami tanda-tanda rangsangan sistem saraf pusat seperti pembesaran anak mata, muka merah, mulut kering, demam, dan ataksia (pergerakan otot yang tidak seragam).

Selain itu, keracunan juga menyebabkan sawan, tekanan darah meningkat serta perubahan pada fungsi jantung. Sekiranya tidak diberi rawatan segera, maut mungkin menyusul.

Selain antihistamin konvensional, antihistamin generasi kedua seperti yang tidak menyebabkan rasa mengantuk banyak digunakan masa kini. Lebihan dos boleh menyebabkan kesan toksik kepada jantung dan sawan.

Di samping itu, bahan lain yang terkandung dalam ubat selesema dan ubat batuk ialah pseudoephedrine, dan jika diambil dalam dos berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sakit kepala, halusinasi penglihatan (visual hallucination), kekeliruan, koma, kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung dan lain-lain kesan toksik pada jantung.


Zat besi (Iron)
Keracunan zat besi merupakan punca utama kematian kanak-kanak di bawah 6 tahun yang dilaporkan berlaku dari tahun 1988 sehingga tahun 1992 di Amerika Syarikat. Zat besi biasanya didapati dalam banyak sediaan ubat vitamin kanak-kanak dan ibu hamil. Zat besi merupakan zat yang penting untuk mencegah anemia atau keadaan kurang darah yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Kanak-kanak yang mengalami lebihan zat besi akan mengalami kesan keracunan segera dan kesan keracunan jangka panjang. Kesan segera biasanya berlaku beberapa minit atau beberapa jam selepas mereka menelan ubat tersebut. Antaranya ialah rasa loya, muntah, cirit-birit dan pendarahan perut-usus, yang boleh mengakibatkan kejutan, koma dan maut.

Dalam beberapa kes keracunan, kanak-kanak berkenaan kelihatan sembuh seperti sedia kala, akan tetapi pendarahan perut-usus yang teruk, keletihan berlebihan, kegagalan jantung dan koma boleh berlaku antara 12 jam sehingga 2 hari kemudiannya. Walaupun kanak-kanak tersebut selamat, mereka mungkin mengalami masalah-masalah lain seperti saluran perut-usus tersumbat dan kerosakan hati yang teruk dalam tempoh 3 hingga 6 minggu selepas tarikh keracunan.

Oleh itu, sekiranya anak anda tertelan lebihan ubat yang mengandungi zat besi, bawa dia ke hospital segera walaupun tiada kesan segera keracunan diperhatikan. Kadangkala tanda-tanda yang teruk tidak terjadi dalam tempoh yang singkat dan rawatan yang lambat diberi mungkin tidak lagi berkesan.


Bagaimana mencegah keracunan?
Keracunan pada kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh dicegah. Usaha-usaha yang gigih untuk mengelakkan keracunan perlu mengambil kira peringkat umur kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun merupakan golongan yang paling berisiko untuk mengalami keracunan kerana mereka cenderung untuk memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak pada peringkat umur ini baru belajar merangkak dan berjalan dan terdedah kepada pelbagai barangan di dalam rumah. Langkah-langkah pencegahan keracunan di rumah paling baik dimulakan ketika kanak-kanak berusia 6 bulan atau sebelum kanak-kanak tersebut menyusur dan merangkak.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun biasanya akan memakan sebarang ubat atau pil yang mereka temui. Kumpulan ini bersifat ingin mencuba dan mereka juga gemar meniru gelagat orang dewasa. Apabila usia mereka meningkat, usaha-usaha pencegahan akan lebih cenderung daripada melindungi kepada mendidik. Pada peringkat ini, ibu bapa hendaklah memberitahu anak-anak tentang bahaya keracunan ubat-ubatan.


Langkah Pencegahan
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah 'sangat selamat' dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan :

1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.

2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.

3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.

4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.

5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti :
  •   Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
  •   Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi 2 tahun dalam simpanan anda
  •   Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
  •   Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
  •    Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.


6. Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripsikan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.


Langkah penyimpanan
Keracunan tidak sengaja biasanya terjadi kerana kealpaan kita dalam memastikan ubat-ubatan itu disimpan dengan cara dan di tempat yang selamat. Berikut adalah berapa garis panduan keselamatan yang boleh dipraktikkan.

1. Semua ubat hendaklah disimpan di tempat yang tinggi jauh daripada di lihat dan dicapai oleh kanak-kanak. Kabinet berkunci adalah tempat paling selamat.

2. Jangan tinggal ubat dimerata-rata tempat seperti di atas meja atau katil walaupun hanya untuk seketika sahaja kerana kelalaian kita akan mengundang bahaya.

3. Elakkan daripada memindahkan ubat bekas asal ubat ke bekas lain yang serupa dengan bekas menyimpan makanan. Selain itu, boleh menyebabkan ubat tersebut sukar dikenali dengan segera sekiranya berlaku keracunan, cara ini juga akan mengelirukan kanak-kanak.

4. Tutup bekas ubat dengan kemas. Sekiranya ada, guna penutup yang sukar dibuka oleh kanak-kanak (child-resistant cap).

5. Elakkan meletak atau menyimpan bekas ubat berhampiran dengan bekas makanan kerana ini mungkin mengelirukan kanak-kanak.

6. Buangkan semua ubat-ubatan yang luput atau tidak diperlukan lagi ke dalam tandas.

7. Didik anak-anak tentang bahaya ubat. Elakkan daripada memujuk anak makan ubat dengan mengatakan ubat itu gula-gula.

8. Baca label ubat beberapa kali dengan teliti sebelum memberikan ubat kepada anak terutama pada waktu tengah malam.

9. Jika anda menyimpan ubat di dalam tas tangan anda, simpan hanya untuk kegunaan sehari sahaja. Jauhkan tas tangan tersebut daripada kanak-kanak.

Simpan nombor telefon Unit Kecemasan hospital yang berdekatan atau Pusat Racun Negara. Pastikan nombor ini mudah di lihat apabila diperlukan segera. Beri juga nombor telefon ini kepada penjaga kanak-kanak tersebut.


Apakah tanda-tanda yang boleh membantu anda mengesyaki keracunan telah berlaku kepada seseorang kanak-kanak?

Tanda-tanda berikut boleh dijalankan panduan :

* Kanak-kanak tersebut pernah mengalami keracunan sebelum itu.

* Kanak-kanak tersebut berusia antara 1 hingga 6 tahun kerana kumpulan ini biasanya menunjukkan tanda-tanda sawan tanpa mengalami demam, atau tidak sedar diri tanpa sebab-sebab yang nyata.

* Kanak-kanak tersebut muntah tiba-tiba tanpa sebab.

* Kesakitan yang dialami melibatkan beberapa bahagian badan tanpa sebab yang pasti.

* Nafas kanak-kanak tersebut berbau aneh atau terdapat kesan-kesan kekotoran, luka atau pecah-pecah disekitar kawasan mulut dan bibir mulut.


Apakah yang perlu anda lakukan apabila berlaku keracunan?

Sebahagian tanda-tanda keracunan berlaku dengan segera. Antaranya ialah rasa mengantuk, keletihan, pening, loya, muntah, sakit perut, susah bernafas, kegelisahan, dan hiperaktiviti.

Sekiranya anda mengesyaki anak anda termakan ubat-ubatan berlebihan, tenangkan fikiran dan jangan panik. Cari bekas ubat berkenaan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada label yang tertulis. Jangan beri makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan nasihat atau arahan dari doktor anda atau Pusat Racun Negara.

Telefon doktor anda atau Pusat Racun Negara di 04-6570099 atau talian kecemasan 911 dengan segera. Sebelum menelefon, pastikan anda bersedia dengan maklumat-maklumat berikut :

# Berat badan, umur dan sebarang penyakit yang dihadapi oleh anak anda.

# Nama ubat berkenaan yang boleh dibaca dari label bekas ubat.

# Jumlah ubat yang diambil oleh anak anda

# Masa ubat ditelan

# Tanda-tanda yang dialami

# Bantuan kecemasan yang telah diberikan.


Maklumat-maklumat ini penting untuk membantu mengenal pasti jenis racun yang terlibat, risiko yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta mempengaruhi kaedah perawatan yang akan dicadangkan.

Melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada keracunan ubat-ubatan, dan lain-lain bahan beracun di rumah merupakan satu tanggungjawap yang penting bagi ibu bapa dan penjaga.

Panduan mengelakkan keracunan perlu diberi perhatian serius dan dipraktikkan supaya kanak-kanak yang masih mentah sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat untuk mereka membesar dan berkembang dengan baik. Setelah semua usaha pencegahan dan langkah keselamatan dilaksanakan, pastikan juga anda mengetahui bagaimana, siapa, dan di mana boleh hubungi untuk memdapatkan bantuan sekiranya berlaku kes keracunan.

oleh Haslina Hashim, Pusat Racun Negara
Info lebih sihat ini hasil sumbangan dari laman sesawang http://www.sihatselalu.com.my